07 July 2010

mari belajar...

berehat sebentar...

kenangan yang terindah...



Ahlan Wasahlan ya Ustazah....

Sekolah menerima seorang Ustazah baru bagi mengisi kekosongan tempat yang ditinggalkan oleh Ustaz Ahmad Yani.

Ustazah Siti Shalehah yang berasal dari Kuala Lipis bertukar dari Sekolah Kebangsaan Kelawang, Negeri Sembilan.

Semoga Ustazah gembira berkhidmat dan mendidik murid-murid di Sekolah ini.

ahlan wasahlan..

Kau pergi jua...


Pada tanggal 21 Jun 2010, SK Kuala Atok telah kehilangan 2 orang guru kerana mereka telah bertukar sekolah.

Guru yang dimaksudkan ialah Ustaz Ahmad Yani Bin Yunus dan juga Puan Norlian Binti Awang.

Ustaz Ahmad Yani telah berpindah ke Sekolah Chatur Avenue di Ipoh Perak. Manakala Pn Norlian pula telah bertukar ke Sekolah Kebangsaan Melawati di Kuala Lumpur.

Warga SK Kuala Atok mengharapkan mereka berdua dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru di sekolah yang baru dan jangan lupakan kami di SK Kuala Atok.